English

Pringles’ Privacy Policy

This Privacy Policy sets out how Pringles International Operations SARL Singapore Branch ("Pringles") collects, uses and discloses certain personal information and complies with the Personal Data Protection Act 2010 (Malaysia) (Privacy Act).

Summary

Pringles approaches communications with consumers on the Internet, on the telephone and by written communications with respect for, and commitment to, individual privacy rights, and the different sensibilities of our child consumers. We support active self-regulation of this new environment to ensure that responsible marketers can maintain the right to use all communication media to interact with its consumers.

In summary, while you should read each provision in this Privacy Policy, by providing your personal information to Pringles or by using the Pringles website:

you agree that if you disclose your personal information to us, we may create a database record of information about you and use the information for marketing and other purposes as set out below;

we may contact you for the purpose of notifying you of any prizes being awarded to you;

Where indicated (for example in the contest entry form, requests forms for information from Pringles or where required by law), it is obligatory to provide your personal information to us. Failure to provide such personal information may result in us being unable to provide you with the services or information requested.

You may contact us in writing as set out below if you want to know what personal information we hold about you, correct any of your personal information or if you have any complaints or queries in respect of your personal information.

Pringles Privacy Policy Statement

Pringles recognises its obligation to its customers and community to adhere to the highest standards of decency, fairness, and integrity in all its operations. Likewise, we're dedicated to the fundamentals of protecting consumer privacy, especially for children. This means that, from time to time, our policies will be reviewed and may be updated, revised, modified and supplemented. Pringles reserves the right to change the information, features, products, disclosures and this Privacy Policy at anytime and notify you by posting an updated version of the Policy on its website. Please check this Privacy Policy periodically for changes. Or you can contact us (see below) to receive an updated hard copy. Your continued use of the Pringles website following the posting of changes to this Privacy Policy indicates that you have read the Privacy Policy in place at that time. By continuing to use this website after any changes are made means that you accept those changes.

This Privacy Policy is based on the Personal Data Protection Act to protect personal information. Unless you provide us with your consent to do otherwise, Pringles will only collect and use your personal information as set out below.

Gathering and Use of Information

Pringles may collect and retain personal information as a result of a consumer contacting us (either writing or telephoning or by visiting our website). Any personal information which Pringles does receive is used for internal Pringles purposes and will not be sold or provided to any third parties without your consent unless:

(a) required by law; or

(b) to implement our Terms and Conditions (for example a contest); or

(c) to protect the rights, property or the safety of any member of the public or Pringles.

However, we contract out some of our functions to external service providers (such as mailing houses, our call centre and information technology service providers). We may disclose your personal information to these service providers but only so that they can provide the services that we have contracted out to them. The personal information that Pringles collects may include such things as name, address, date of birth and telephone number. It may be collected for a variety of reasons including as required by law on contest entry forms, individual requests for information from Pringles, to respond to you when you request information from Pringles or as part of a request to be included in our updates list. Occasionally we may also ask on a voluntary basis for personal information for our own internal use (e.g. for marketing and research), but we still maintain yours and your children's privacy and will not sell this information to third parties. Only those who ask for information from us will receive communications from us (if we email you, then please refer to our online privacy policy on our website). Any personal information that you provide Pringles will be stored on a secure server located in the United States of America. The server is maintained by Pringles ultimate parent company, Kellogg Company. As the server is maintained by Kellogg Company, Kellogg Company may access your personal information however any such use will be for internal purposes only.

Questions

If you want to know what personal information Pringles holds about you, in most cases you are able to gain access to this personal information by contacting us in writing directing your enquiry to Privacy Manager, Pringles International Operations SARL Singapore Branch C/- Kellogg Asia Marketing Inc (Malaysia Branch), Unit 9,05-07 Level 9 Menara UAC, No 12, Jalan PLU 7/5 Mutiara Darmansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia ,. A request to update or correct any information, any complaints or inquiries should also be directed to that office. To protect the security of your personal information, you may be required to provide identification before you are given access to your personal information.



Bahasa

Dasar Privasi Pringles'

Dasar Privasi ini menetapkan cara Pringles International Operations SARL cawangan Singapura("Pringles") mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat-maklumat peribadi tertentu dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia) (Akta Privasi).

Rumusan

Pringles menggunakan pendekatan komunikasi dengan pengguna-pengguna melalui Internet, telefon dan komunikasi bertulis berkenaan untuk, dan komitmen kepada, hak-hak privasi peribadi, dan kepada kepekaan pengguna kanak-kanak yang berbeza. Kami menggalakkan pengawalseliaan sendiri secara aktif dalam persekitaran baru ini bagi memastikan agar pemasar-pemasar yang bertanggungjawab dapat mengekalkan hak mereka untuk menggunakan semua media komunikasi untuk berinteraksi dengan pengguna-pengguna mereka.

Walaupun anda patut membaca setiap peruntukan dalam Dasar Privasi ini, secara ringkas, dengan memberikan maklumat peribadi anda kepada Pringles atau dengan menggunakan laman web Pringles:

anda bersetuju bahawa jika anda mendedahkan maklumat peribadi anda kepada kami, kami boleh mencipta sebuah pangkalan data yang mengandungi maklumat tentang anda dan menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan pemasaran dan tujuan-tujuan lain seperti yang dinyatakan di bawah;

kami boleh menghubungi anda tujuan memaklumkan anda apa-apa hadiah yang diberikan kepada anda;

Di mana dinyatakan (contohnya, dalam borang penyertaan peraduan, borang permintaan maklumat daripada Pringles atau apabila diperlukan menurut undang-undang), anda wajib membekalkan maklumat peribadi anda kepada kami. Kami tidak boleh memberi perkhidmatan dan maklumat yang diminta sekiranya anda gagal membekalkan maklumat peribadi anda.

Anda boleh menghubungi kami secara bertulis seperti yang dinyatakan di bawah sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai maklumat peribadi anda yang disimpan oleh kami, untuk membetulkan maklumat peribadi anda atau sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan.

Pernyataan Dasar Privasi Pringles

Pringles mengiktiraf kewajipannya kepada pelanggan-pelanggan dan komuniti untuk berpegang teguh kepada piawaian yang tertinggi dalam mengekalkan kesopanan, keadilan dan integriti dalam kesemua operasinya. Begitu juga, kami berazam untuk melindungi privasi pengguna, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Ini bermakna, dari semasa ke semasa, dasar-dasar kami akan dikaji semula dan mungkin dikemaskini, disemak semula, diubah suai dan diperlengkapkan. Pringles berhak untuk menukar maklumat-maklumat, ciri-ciri, produk-produk, pendedahan-pendedahan dan Dasar Privasi ini pada bilabila masa dan akan memaklumkan anda dengan menyiarkan versi terkini Dasar yang telah dikemas kini pada laman webnya. Sila semak Dasar Privasi ini secara berkala untuk mengetahui sebarang perubahan atau hubungi kami (lihat di bawah) untuk menerima sesalinan cetak yang telah dikemas kini. Penggunaan berterusan laman web ini selepas sebarang perubahan telah dimuat naik melambangkan bahawa anda telah membaca Dasar Privasi yang telah dimuat naikkan pada masa tersebut. Penggunaan berterusan laman web ini selepas sebarang perubahan telah dilakukan melambangkan persetujuan anda terhadap perubahan tersebut.

Dasar Privasi ini adalah berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi untuk melindungi maklumat peribadi. Melainkan jika anda memberikan kami kebenaran anda untuk melakukan sebaliknya, Pringles hanya akan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda seperti yang dinyatakan di bawah.

Pengumpulan dan Penggunaan Maklumat

Pringles boleh mengumpul dan mengekalkan maklumat peribadi apabila seseorang pengguna menghubungi kami( secara menulis atau melalui telefon atau dengan mengunjungi laman web). Sebarang maklumat peribadi yang diperolehi oleh Pringles hanya digunakan untuk tujuan dalaman perniagaan Pringles dan tidak akan dijual atau disewa kepada pihak ketiga tanpa persetujuan anda melainkan.:

(a) diperlukan menurut undang undang; atau

(b) untuk melaksanakan Terma dan Syarat-syarat (contohnya, dalam peraduan); atau

(c) untuk melindungi hak, harta atau keselamatan orang awam atau Pringles.

Walaubagaimanapun, kami mempunyai kontrak dengan pembekal-pembekal perkhidmatan luar (contohnya seperti, syarikat-syarikat yang menyelaras mel, pusat panggilan dan pembekal-pembekal perkhidmatan teknologi maklumat) untuk melaksanakan sesetengah tugas bagi pihak kami. Pembekalpembekal perkhidmatan ini mungkin diberi akses kepada maklumat peribadi anda tetapi ini hanyalah untuk melaksanakan tugasan mereka seperti yang dikontrakkan dan mereka tidak dibenarkan menggunakan maklumat tersebut untuk sebarang tujuan lain. Maklumat-maklumat peribadi yang dikumpul oleh Pringles mungkin termasuk nama, alamat, tarikh lahir, dan nombor telefon. Maklumat maklumat ini boleh dikumpul untuk pelbagai sebab termasuk seperti yang diperlukan menurut undangundang dalam borang penyertaan peraduan, permintaan individu untuk maklumat daripada Pringles, untuk membalas permintaan anda untuk maklumat daripada Pringles ataupun sebagai respon kepada permintaan untuk dimasukkan ke dalam senarai kemas kini kami. Kadang-kala, kami juga mungkin akan meminta secara sukarela untuk maklumat peribadi untuk kegunaan dalaman kami (contohnya, untuk pemasaran dan penyelidikan), tetapi kami masih akan mengekalkan privasi anda dan anak-anak anda dan tidak akan menjual maklumat tersebut kepada pihak ketiga. Hanya pengguna-pengguna yang meminta maklumat daripada kami akan menerima komunikasi daripada kami (sekiranya kami menghantar e-mel kepada anda, sila merujuk kepada dasar privasi dalam talian dalam laman web kami). Sebarang maklumat peribadi yang anda beri kepada Pringles akan dikekalkan di dalam pelayan pangkalan data selamat yang terletak di Amerika Syarikat. Pelayan pangkalan data ini dikekalkan oleh syarikat induk muktamad Pringles, iaitu Syarikat Kellogg. Oleh kerana pelayan pangkalan data tersebut dikekalkan oleh Syarikat Kellogg, Syarikat Kellogg mempunyai akses kepada maklumat peribadi anda. Walaubagaimanapun, sebarang penggunaan maklumat peribadi anda adalah untuk tujuan kegunaan dalaman sahaja

Pertanyaan

Sekiranya anda ingin mengetahui apa maklumat peribadi anda yang disimpan oleh Pringles, dalam kebanyakan kes, anda boleh mendapat akses kepada maklumat peribadi ini dengan menghubungi kami secara bertulis dan menujukan pertanyaan anda kepada Pengurus Privasi, Pringles international Operations SARL Singapore Branch C/ Kellogg Asia Marketing Inc(Malaysia Branch), Unit 9, 05-07 Level 9 Menara UAC No. 12, Jalan PLU 7/5 Mutiara Darmansara 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Permohonan untuk mengemaskinikan atau membetulkan sebarang maklumat, sebarang aduan atau pertanyaan juga patut ditujukan kepada pejabat tersebut. Demi melindungi keselamatan maklumat peribadi anda, anda mungkin dikehendaki untuk mengesahkan identiti sebelum anda diberi akses kepada maklumat peribadi anda.